SNK akhirnya berkongsi tarikh pelancaran buat permainan perlawanan SNK Heroines Tag Team Frenzy iaitu pada 7 September ini. Menurut SNK, permainan tersebut akan dilancarkan secara fizikal dan digital buat konsol Switch, manakala bagi versi Playstation 4, ia hanya akan dilancarkan secara digital sahaja.
Selain itu, SNK juga mengumumkan watak terbaru bakal tiba buat permainan tersebut iaitu Shermie yang mana beliau merupakan watak daripada siri The King Of Fighters.
SNK Heroines Tag Team Frenzy merupakan permainan perlawanan secara berkumpulan berdasarkan watak-watak wanita daripada siri permainan SNK. Melalui permainan ini, pemain berupaya untuk melakukan pelbagai kuasa dan serangan ikonik setiap watak tersebut. Selain itu, pemain juga berupaya mengubah-suaian kostum bagi setiap watak-watak yang terdapat di dalam permainan ini.
Bagi anda yang meminati watak-watak wanita dari siri permainan SNK, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini bermula 7 September ini.