Informasi Permainan Video Terkini
Don’t Starve Akan Dikeluarkan Untuk Switch Pada 12 April 2018

Don’t Starve Akan Dikeluarkan Untuk Switch Pada 12 April 2018

Diterbitkan pada Apr 9, 2018 oleh .

Don’t Starve semenjak dikeluarkan untuk PC pada tahun 2013 kini sudah berada di kesemua konsol termasuk permua. Kini Klei Entertainment mengumumkan Don’t Starve akan dikeluarkan untuk Switch pada 12 April 2018 menambah lagi jumlah konsol yang permainan ini dikeluarkan.

Melalui permainan ini, pengguna akan memainkan watak Wilson yang perlu menyelamatkan diri daripada dunia misteri – termasuk perlu mengelak daripada pelbagai makhluk pelik serta mengumpulkan sumber untuk meneruskan kehidupan.

Bagi versi Switch selain daripada permainan utama, pembeli juga akan mendapat dua DLC iaitu Reign of Giants dan Shipwrecked. Jika anda berminat permainan ini akan berharga $19.99 (RM78) di Nintendo.com dan eShop.

Nintendo: Don’t Starve Nintendo Switch Edition