Informasi Permainan Video Terkini
Metal Slug XX Diumumkan Bakal Tiba Buat Playstation 4 Secara Digital

Metal Slug XX Diumumkan Bakal Tiba Buat Playstation 4 Secara Digital

Diterbitkan pada Apr 8, 2018 oleh .

SNK minggu ini mengumumkan bahawa permainan pernambah-baikkan, Metal Slug XX akan dilancarkan buat konsol Playstation 4 dimana ia bakal tiba secara digital.

Pengumuman ini dilakukan oleh SNK sempena acara PAX East yang berlangsung di Amerika Syarikat. Menurut SNK, permainan tersebut akan dilancarkan secara digital pada musim panas tahun ini iaitu antara bulan Jun sehingga September ini.

Metal Slug XX merupakan permainan pernambah-baikkan yang asalnya di lancarkan di Playstation Portable dan ia merupakan permainan  Metal Slug 7 yang diolah semula daripada versi 3DS. Versi Metal Slug ini juga akan menyertakan watak Leona Heidern iaitu watak dari permainan The King of Fighters sebagai watak yang boleh dimainkan.

Seperti biasa, kami di Aksiz akan berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut apabila ia diumumkan secara rasmi kelak.


TIPS & ULASAN