Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Terbaru Solo: A Star Wars Story Dipertontonkan – Akan Ditayang Bermula 25 Mei Ini

Trailer Terbaru Solo: A Star Wars Story Dipertontonkan – Akan Ditayang Bermula 25 Mei Ini

Diterbitkan pada Apr 9, 2018 oleh .

Disney akhirnya berkongsi trailer terbaru buat filem Solo: A Star Wars Story. Trailer tersebut memaparkan sebilangan watak-watak yang terdapat di dalam filem termasuklah watak baru.

Berdasarkan trailer tersebut, tampaknya filem tersebut akan mempunyai pelbagai aksi bersama dengan kapal angkasa Millenium Falcon yang kelihatan masih baru. Tambahan juga, Han Solo seakan melakukan kerja heist bersama watak Tobias Beckett.

Solo: A Star Wars Story akan memfokuskan watak Han Solo yang masih muda dimana beliau akan mengembara bersama Chewbacca dan juga Lando Calrissian. Filem ini merupakan filem antologi kedua selepas filem Rogue One: A Star Wars Story. Filem tersebut akan ditayang seluruh dunia bermula 25 Mei.