Dontnod Entertainment, iaitu pembangun buat permainan asal Life Is Strange, hari ini berkongsi trailer terbaru buat permainan mereka yang terbaru iaitu Vampyr. Melalui trailer tersebut, mereka mempertontonkan bentuk penceritaan yang mana ia berlatarbelakangkan kota London.
https://www.youtube.com/watch?v=Y-wsrKufDKU
Vampyr adalah permainan aksi RPG yang meletakkan pemain di kawasan kota London dimana penceritaan permainan tersebut akan memfokuskan watak Jonathan Reid, iaitu seorang doktor yang bertukar menjadi pontianak. Berdasarkan trailer yang dipertontonkan, tampaknya permainan ini akan mempunyai pelbagai adegan-adegan yang ganas dan ikutan-ikutan keagamaan.
Vampyr akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC bermula 5 Jun ini.