Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Hari Ini: Crusader Kings II
PC

Permainan Percuma Hari Ini: Crusader Kings II

Diterbitkan pada Apr 6, 2018 oleh .

Permainan strategi Crusader Kings II oleh Paradox Interactive kini boleh dimuat-turun secara percuma melalui Steam untuk masa terhad. Walaubagaimana pun, Paradox Interactive tidak berkongsi bila tawaran ini akan ditamatkan. Permainan ini asalnya dilancarkan pada 2012 lepas yang mana ia memfokuskan bentuk permainan secara strategi.

Crusader Kings II meletakkan pemain di pertengahan zaman eropah dimana pemain perlu mengembangkan kuasa secara mana yang pemain hendak lakukan. Dengan merancang secara diplomatik ataupun berperang, permainan ini merangkumi bentuk strategi yang sangat mendalam buat mereka yang berminat dengan sejarah-sejarah eropah mahupun bentuk permainan secara berstrategi.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini secara percuma, anda boleh ke pautan dibawah dan memuat-turunnya secara percuma dan menambahkan lagi perpustakaan permainan Steam anda.

Muat-Turun: Crusader Kings II


TIPS & ULASAN