Skip to main content

Warner Bros. Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permua Harry Potter: Hogwarts Mystery iaitu pada 25 April ini buat peranti Android dan iOS.

Selain daripada berpeluang untuk berjumpa sebilangan watak-watak dari siri filem tersebut, Warner Bros. Interactive Entertainment juga menyertakan pelakon-pelakon asal filem Harry Potter seperti Michael Gambon, Professor Dumbledore dan sebagainya.

Di dalam permua Harry Potter Hogwarts Mystery, pemain akan berpeluang untuk mencipta watak mereka sendiri dan mendaftarkan diri sebagai pelajar sekolah sihir Hogwarts tersebut. Permainan ini juga memberi peluang kepada pemain untuk mempelajari jampi, menghasilkan potion serta pemilihan rumah.

Bagi anda yang ingin menjadi pelajar sekolah sihir Hogwarts, anda boleh berbuat demikian bermula 25 April ini.

Leave a Reply