Informasi Permainan Video Terkini
Shaq Fu: A Legend Reborn Akan Dilancarkan Pada 6 Jun

Shaq Fu: A Legend Reborn Akan Dilancarkan Pada 6 Jun

Diterbitkan pada Apr 6, 2018 oleh .

Wired Production hari ini mengumumkan permainan yang berdasarkan pemain bola keranjang terkenal, Shaquille O’Neal yang mana ia juga merupakan permainan yang diolah semula daripada permainan asal dilancarkan pada 1994 buat SNES, iaitu Shaq Fu: A Legend Reborn.

Shaq Fu: A Legend Reborn merupakan permainan aksi yang dibintangi oleh Shaquille O’Neal. Sepanjang permainan ini, pemain akan bertempur dengan pelbagai jenis musuh secara berperingkat di kawasan Hollywood. Wired Production juga menyatakan bahawa permainan tersebut akan dijual secara fizikal dan digital. Tambahan juga, bagi mereka yang membeli permainan NBA Playgrounds untuk konsol Switch sebelum 10 Jun tahun lepas, mereka juga akan mendapat permainan ini secara percuma melalui versi Switch apabila ia dilancarkan kelak.

Bagi anda yang berminat untuk bermain permainan ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya bermula 6 Jun ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.