Permainan Hitman Game Of The Year Edition diumumkan oleh IO Interactive dimana ia bakal tiba pada 7 November ini secara digital buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Ini merupakan permainan pertama yang dikeluarkan oleh IO Interactive selepas mereka menjadi pembangun indie selepas dilepaskan oleh Square-Enix.
Permainan Hitman Game Of The Year Edition (GOTY) ini bakal menyertakan permainan Hitman musim pertama secara lengkap, empat misi baru termasuklah kempen baru Patient Zero. IO Interactive juga menyertakan beberapa kostum tambahan dan senjata tambahan.
Bagi anda yang sudah mempunyai permainan Hitman tersebut, anad juga boleh membeli kemaskini edisi GOTY ini secara berasingan dengan harga $20(~RM85). Bagi anda yang belum mempunyai permainan Hitman tersebut, anda boleh mendapat edisi GOTY ini dengan harga $60(~RM255).
Ketika pelancaran permainan Hitman Game Of The Year Edition pada 7 November ini, IO Interactive juga bakal menyertakan pelbagai kemaskini terbaru buat permainan tersebut seperti paparan antara-muka yang baru bagi permainan tersebut. Mereka juga bakal menyertakan mod kontrak baru bagi permainan tersebut dan sebagainya.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan Hitman edisi GOTY ini pada 7 November ini di Playstation 4, Xbox One dan PC.