Pengarah Overwatch Jeff Kaplan melalui temubual bersama Kotaku mengatakan walaupun idea memasukkan mod battle royale di dalam Overwatch adalah menarik tetapi memerlukan rekaan semula yang banyak dan tidak boleh dijadikan sebagai projek sampingan.

Tambah beliau Overwatch adalah permainan berdasarkan keistimewaan setiap hero manakala battle royale bergantung kepada setiap pemain bermula dengan kosong dan bergantung kepada pencarian untuk meningkatkan keupayaan. Overwatch tidak sesuai untuk dijadikan 1v1 kerana setiap hero tidak seimbang dengan hero lain secara bersendirian.

Jeff Kaplan juga mengatakan Overwatch menggunakan peta yang kecil untuk menambah pertempuran antara pemain, manakala permainan seperti Fortnite dan PUBG menarik kerana menggunakan peta yang besar. Menurut beliau untuk memasukkan mod battle royale ke dalam Overwatch memerlukan usaha seakan membangunkan satu permainan baru. Adakah anda ingin mod battle royale untuk Overwatch?

 

Sohor Kini