Informasi Permainan Video Terkini
Chrono Trigger Untuk PC Akan Mendapat Pilihan Grafik Asal
PC

Chrono Trigger Untuk PC Akan Mendapat Pilihan Grafik Asal

Diterbitkan pada Apr 4, 2018 oleh .

Semasa Chrono Trigger untuk PC dikeluarkan pada Februari lepas permainan klasik ini mendapat kritikan kerana menggunakan antaramuka dari permua dan juga penukaran grafik yang tidak digemari ramai.

Melalui penulisan di Steam, Square Enix mengatakan mereka akan mengeluarkan beberapa kemaskini dalam masa beberapa bulan ini untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dilaporkan oleh pemain.

Kemaskini terdekat akan dikeluarkan pada separuh pertama bulan April yang akan memberikan pilihan kepada pemain untuk menggunakan grafik terbaru atau menggunakan grafik asal permainan ini.

Lebih maklumat mengenai kemaskini ini akan dikongsi kan kemudian, ini adalah sesuatu yang baik untuk pemilik Chrono Trigger ataupun yang ingin membelinya, tetapi kami masih berharap mereka memperbaharui antaramuka yang sangat buruk.