Skip to main content

PUBG sekarang sedang menguji sistem untuk membenarkan anda menonton pemain yang menghalang anda dari mendapat Chicken Dinner di pelayan percubaan, ini semestinya akan memudahkan anda untuk belajar cara permainan yang bermain lebih baik tetapi kemungkinan besar digunakan untuk mencari bukti pemain tersebut menipu.

Melalui sistem baru ini anda bukan sahaja dapat menonton bagaimana anda terbunuh melalui Death Cam tetapi juga membunuh pembunuh anda sepanjang permainan. Andai pemain tersebut terbunuh anda juga mempunyai pilihan untuk mengikut pemain yang membunuh pembunuh anda.

Jika anda terbunuh kerana berada di dalam zon merah ataupun terjatuh anda sebaliknya boleh menonton pemain yang berdekatan, manakala jika anda bermain secara berkumpulan anda boleh menonton pemain lawan setelah kesemua rakan anda terbunuh.

Apapun sebab anda ingin menggunakan sistem ini tetapi kami sudah lama menanti sistem sebegini yang merupakan sesuatu kebiasaan untuk permainan Battle Royale.

Leave a Reply