Skip to main content

Jika anda merasa Assassin’s Creed Origins terlalu sukar ataupun terlalu senang, kami ada berita baik jika anda memiliki permainan ini untuk PC. Ubisoft mengumumkan melalui kemaskini permainan ini untuk bulan April akan menambah Animus Control Panel.

Melalui Animus Control Panel anda kini dapat mengubah pelbagai tetapan untuk watak anda dan juga watak penjahat. Melalui tetapan ini anda boleh menjadi sangat hebat atau sangat lemah begitu juga untuk watak penjahat.

Antara tetapan yang disediakan adalah kelajuan pergerakan, kekuatan pukulan, skala peringkat kekuatan dan juga jumlah binatang yang boleh mengikut anda. Anda boleh memilih tetapan yang tersedia ataupun mencipta sendiri dan boleh juga berkongsi tetapan kepada pemain lain.

Buat masa ini Ubisoft tidak berkongsi tarikh kemaskini ini dikeluarkan dan akan berkongsi lebih lanjut mengenainya pada tarikh yang lain. Ini sudah tentu akan menjadikan permainan Assassin’s Creed Origins lebih menarik terutama pemain yang inginkan lebih cabaran.

Leave a Reply