Informasi Permainan Video Terkini
Steam Machines Tidak Lagi Disenaraikan Di Laman Steam

Steam Machines Tidak Lagi Disenaraikan Di Laman Steam

Diterbitkan pada Apr 3, 2018 oleh .

Pada tahun 2013 Steam Machines dilancarkan sebagai jawapan kepada konsol dan PC desktop yang besar. Ia menggunakan SteamOS dan direka untuk diletakkan di ruang tamu. Tetapi sejak kebelakangan ini tidak banyak berita mengenai “konsol” ini didengari. Ia mungkin juga dilupakan oleh pihak Steam kerana tidak lagi disenaraikan di laman rasmi mereka.

Tab untuk Hardware kini hanya memaparkan Steam Controller, Steam Link dan HTC Vive. Laman Steam Machines yang memaparkan empat perkakasan yang dahulunya dijual kini hanya boleh diakses melalui URL lama. Steam Machines gagal mendapat sambutan kerana ia tidak menarik minat pengguna konsol dan desktop berprestasi tinggi.

Ia hidup segan mati tak mahu selama lima tahun dan dengan penyah-senaraiannya dari laman Steam ia kini sudah boleh dikuburkan. Perkhidmatan penstriman permainan komputer Steam Link ialah alternatif lebih murah dan mudah yang ditawarkan sekarang.


TIPS & ULASAN