Informasi Permainan Video Terkini
Jualan Promosi Mingguan Di GOG Bermula Sekarang Sehingga 10 April 2018
PC

Jualan Promosi Mingguan Di GOG Bermula Sekarang Sehingga 10 April 2018

Diterbitkan pada Apr 3, 2018 oleh .

Setiap minggu nampaknya perbagai jualan promosi dianjurkan untuk pemilik PC, kali ini GOG menganjurkan jualan promosi mingguan yang menawarkan beberapa permainan dengan lebih murah.

Apa yang menarik mereka menyenaraikan permainan yang anda belum dimiliki di GOG dan memberikan pilihan untuk membeli kesemua permainan yang ditawarkan secara terus. Melainkan anda mempunyai kewangan yang berlebih-lebih kami tidak menggalakkan anda melakukannya sebaliknya berikut adalah antara permainan yang menarik ditawarkan;

  1. A Hat in Time – $29.99 $22.49 (RM87)
  2. Rime – $29.99 $17.99 (RM70)
  3. Iconoclasts – $19.99 $17.99 (RM70)
  4. SteamWorld Dig 2 – $19.99 $14.99 (RM58)
  5. Oddworld: New ‘n’ Tasty – $19.99 $4.99 (RM19)
  6. Cryptark – $14.99 $5.24 (RM20)
  7. Rogue Legacy – $14.99 $3.74 (RM14)

Terdapat lebih 40 permainan yang ditawarkan lebih murah, pastikan anda melihatnya untuk tidak terlepas permainan yang anda inginkan.

Jualan Promosi Mingguan: GOG


TIPS & ULASAN