Informasi Permainan Video Terkini
Guacamelee! 2 Diumumkan Bakal Tiba Di PC – Jualan Promosi Guacamelee! Di Steam Sehingga 13 April
PC

Guacamelee! 2 Diumumkan Bakal Tiba Di PC – Jualan Promosi Guacamelee! Di Steam Sehingga 13 April

Diterbitkan pada Apr 2, 2018 oleh .

Sebelum ini, DrinkBox Studio mengumumkan permaina Guacamelee! 2 akan dilancarkan buat konsol Playstation 4 tahun lepas. Kini, DrinkBox Studio juga mengumumkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan buat PC melalui Steam.

Guacamelee! 2 adalah permainan aksi platformer  yang mana ia merupakan sekuel buat permainan Guacamelee! yang dilancarkan pada 2013 lepas di PC, Playstation 3 dan Playstation Vita. Kini, permainan seterusnya buat siri tersebut juga diumumkan bakal tiba di PC. Namun, tarikh pelancaran buat permainan tersebut masih belum diumumkan.

Selain itu, bersempena dengan ulang-tahun ke-10 DrinkBox Studio, mereka mengadakan jualan promosi khas di Steam dimana anda boleh mendapatkan siri pertama Guacamelee! dengan hanya harga RM3.10. Promosi jualan tersebut bermula dari hari ini sehingga 14 April ini. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, anda boleh ke laman Steam dibawah.

Promosi Steam: DrinkBox Studio


TIPS & ULASAN