Battery Jam dikeluarkan untuk PC melalui akses awal di Steam pada 30 Januari lepas, melalui kuciran di akaun Twitter rasmi permainan ini Halseo mengacah yang permainan ini akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch.
We know how busy you've been with our big 0.7 Patch, and we know you're real excited about #PAX as well, but we thought you might enjoy this too. #indie #indiedev #nindie #gamedev #games #PAXEast #Pax2018 #PaxEast2018 pic.twitter.com/73nYv5Czoj
— Battery Jam (@BatteryJamGame) March 31, 2018
Permainan ini memfokuskan pertempuran dengan menolak bongkah yang dipanggil Boombox ke arah lawan, setiap lawan yang meletup pemain akan menukarkan warna jubin ke warna pemain. Pemain yang mempunyai jubin terbanyak di akhir perlawanan akan memenangi perlawanan tersebut. Pemain boleh bermain secara solo ataupun bersama rakan.
Buat masa ini tiada tarikh tetap yang diberikan tetapi kami menjangkakan tarikh yang sama apabila permainan ini keluar dari akses awal iaitu mengikut Steam, mereka menjangkakan pada bulan Mei 2018.