Skip to main content

Milestone iaitu pembangun siri permainan MotoGP akhirnya mengumumkan siri terbaru MotoGP iaitu MotoGP18 akan dikeluarkan pada 7 Jun 2018 untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Ketua Rekaan Matteo Pezzotti mengatakan MotoGP18 merupakan permulaan baru untuk siri permainan ini dengan sasaran untuk menawarkan pengalaman MotoGP terbaik kepada semua pemain. Siri ini akan membawa pembaharuan dari segi teknologi dan juga grafik.

Siri permainan MotoGP sebelum ini dikritik kerana tidak membawa banyak perubahan dari tahun ke tahun, mungkinkah kali ini mereka akan mengeluarkan permainan yang lebih baik?

Leave a Reply