Empat tahun yang lalu pelakon Lindsay Lohan memfailkan saman ke atas Rockstar Games kerana satu watak di dalam GTA V dikatakan mirip diri beliau. Watak Lacey Jonas boleh ditemui di dalam beberapa misi paparazzi yang melibatkan watak Franklin. Kes ini pada awalnya ditolak oleh mahkamah New York pada tahun 2016.
Lohan kemudian mengemukakan rayuan kepada mahkamah rayuan New York. Di dalam keputusan bertulis, rayuan beliau telah ditolak. Ini adalah kerana mahkamah mendapati watak Lacey Jonas tidak menyerupai wajah Lindsay Lohan. Oleh itu pihak plaintif tidak mempunyai asas yang teguh untuk menyaman Rockstar.