Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Switch Akan Menerima Kesemua Permainan Utama Dari Pembangun Level-5

Nintendo Switch Akan Menerima Kesemua Permainan Utama Dari Pembangun Level-5

Diterbitkan pada Mac 30, 2018 oleh .

Level-5 merupakan pembangun permainan video yang mengeluarkan permainan seperti Ni No Kuni dan Yo-Kai. Melalui temubual bersama Nikkei Trendy (diterjemah oleh Gematsu) Presiden Level-5 Akihiro Hino mengetakan di masa depan kesemua permainan utama mereka akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch.

Tambah beliau permainan yang Level-5 sedang bangunkan untuk 3DS akan dipindahkan ke Switch. Permainan pertama untuk Switch keluaran mereka adalah The Snack World: Trejarers Gold yang akan dikeluarkan di Jepun pada 12 April.

Kami jangkakan ini juga akan melibatkan siri permainan Ni No Kuni, buat masa ini Ni No Kuni 2: The Revenant Kingdom dikeluarkan untuk Playstation 4 dan PC akan tetapi ramai yang menjangkakan permainan ini akan turut dikeluarkan untuk Switch tidak lama lagi.

Ini merupakan berita baik untuk Switch tetapi tidak untuk 3DS, semakin ramai pembangun yang mula memfokuskan usaha mereka untuk Switch berbanding 3DS.


TIPS & ULASAN