Bagi anda yang meminati permainan simulasi dan kereta api, anda mungkin akan berminat permainan terbaru yang dikeluarkan oleh Flazm, iaitu Train Valley 2.
Train Valley 2 merupakan permainan seterusnya buat Train Valley yang mana ia meletakkan pemain sebagai pengurus syarikat kereta api. Melalui permainan ini, pemain perlu mengurus segala landasan, lokomotif dan perlu memastikan keselamatan bersama ketepatan kereta api tersebut.
Buat masa ini, permainan ini boleh dibeli melalui Steam dengan harga RM23.50 secara permainan akses awal Steam. Menurut pembangun permainan tersebut, versi akses awal ini mempunyai 20 peringkat dan 4 generasi lokomotif. Pemain juga berpeluang untuk menghasilkan peringkat pemain secara kendiri.
Pembangun permainan ini juga menyatakan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan secara rasmi pada tahun depan dengan pelbagai kandungan tambahan termasuklah peringkat permainan sehingga 50 peringkat. Selain itu, menurut mereka, harga permainan tersebut juga akan bertambah apabila ia dilancarkan secara rasmi.
Bagi anda yang berminat untuk membina landasan dan mengurus syarikat kereta api anda sendiri, anda boleh dapatkan permainan ini sekarang melalui Steam.
[info] Laman Rasmi Steam: Train Valley 2 [/info]