Informasi Permainan Video Terkini
Regalia: Of Men And Monarchs Akan Dikeluarkan Untuk Konsol Pada 12 April 2018

Regalia: Of Men And Monarchs Akan Dikeluarkan Untuk Konsol Pada 12 April 2018

Diterbitkan pada Mac 30, 2018 oleh .

Regalia: Of Men and Monarchs merupakan permainan RPG berdasarkan urutan yang sudah dikeluarkan untuk PC pada Mei tahun lepas dibangunkan oleh PixMilk dan diterbitkan oleh Klabater. Selepas di acah pada Disember lepas untuk konsol kini disahkan permainan ini akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan Switch pada 12 April 2018.

Melalui permainan ini anda harus membina kembali Ascalia dengan mengembara, mengurus bandar dan juga berhubung dengan negara lain. Ada lebih 20 watak yang boleh ditemui, dan juga boleh dimasukkan ke dalam kumpulan anda.

Menurut beberapa ulasan permainan ini tidak akan memberikan cabaran dari segi pertempuran akan tetapi mempunyai penceritaan yang menarik. Adakah anda akan mencubanya ataupun sudah memilikinya?