Salah satu permainan penembak pandang ketiga yang mempunyai penceritaan yang sangat menarik, Spec Ops: The Line kini ditawarkan secara percuma melalui Humble Store buat pengguna PC.
Melalui permainan ini, pemain akan mengawal Kapten Martin Walker, dimana beliau dihantar ke kawasan peperangan di Dubai bersama pasukan Delta Force. Permainan ini mempunyai bentuk permainan penembak pandang ketiga yang mana pemain berupaya untuk bersembunyi di selindungan, bertempur dengan senjata api dan menggunakan pelbagai kelengkapan untuk mengalahkan musuh.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini secara percuma bermula hari ini sehingga 1 April jam 1 pagi (waktu Malaysia).
[download] Muat-Turun: Spec Ops: The Line [/download]