Skip to main content

THQ Nordic hari ini mengumumkan bahawa permainan Red Faction Guerilla akan dilancarkan semula secara permainan pernambah-baikkan buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC dengan nama Red Faction Guerrilla Re-Mars-tered. Asalnya permainan tersebut dilancarkan di Playstation 3, Xbox 360 dan PC pada 2009 lepas.

Permainan Red Faction Guerrilla Re-Mars-tered akan bertempatkan 50 tahun selepas siri asal Red Faction yang pertama dimana pemain akan mengembara di kawasan dunia terbuka di planet Marikh. Melalui permainan ini, pemain akan bertempur bersama berupaya untuk memusnahkan pelbagai kawasan dan bangunan.

Menurut THQ Nordic, permainan pernambah-baikkan ini akan menyertakan sebilangan pernaik-tarafan dari segi visual grafik seperti tekstur permainan dihasilkan semula bersama sokongan resolusi 4k.

Buat masa sekarang THQ Nordic tidak lagi berkongsi sebarang informasi lanjut dan juga tarikh pelancaran bagi permainan tersebut. Namun menurut mereka, mereka akan mengumumkannya pada masa akan datang.

Leave a Reply