Bagi anda yang bermain permainan di PS4, PS3 dan PSVita secara atas-talian, anda tidak akan dapat membuat sedemikian pada 25 Julai ini, antara jam 3 petang hingga 4 petang. Ini adalah kerana Sony kini mengumumkan yang mana PlayStation Network (PSN) akan mengadakan penyelenggaraan ketika tempoh berkenaan.

Ia hanyalah akan diadakan selama sejam dan penyelenggaraan ini akan melumpuhkan keupayaan untuk bermain permainan secara atas-talian, memuat-turun dan mengakses PSN Store.

Kemungkinan penyelenggaraan ini tiada kaitan dengan pengumuman Sony berkenaan ujian beta untuk sistem operasi PS4 yang akan ditawarkan pada Ogos ini. Sony juga masih belum membuat sebarang pengumuman berkaitan penawaran ciri-ciri baru yang akan datang pada kemaskini baru kelak.

Apa pun, mungkin anda boleh melihat kepada beberapa aktiviti alternatif lain selama sejam pada 25 Julai 2017 ini kelak sementara berlakunya proses penyelenggaraan ini.

Laman Rasmi : Status PSN

Sohor Kini