PlayStation 4 dijana menggunakan sistem operasi khusus yang dipanggil oleh Sony sebagai PlayStation 4 System Software. Terkini, pengeluar konsol terkemuka berkenaan turut mengumumkan yang mana mereka bakal memulakan ujian beta untuk PS4 System Software 5.0 pada awal Ogos 2017 ini.
Buat masa ini, Sony hanya membuka pendaftaran ujian beta ini untuk pengguna dari Amerika Syarikat dan Jepun sahaja.
Tiada ciri-ciri baru yang diumumkan lagi oleh Sony, dan mungkin dilakukan mereka pada awal Ogos kelak apabila versi beta ini ditawarkan kepada pengguna.