Marvel sebelum ini sedia mengumumkan pengenalan permainan realiti-maya yang membawa sejumlah watak adiwira daripada filem-filem Marvel, dinamakan sebagai Marvel Powers United VR.
Kini, bersempena dengan acara Comic Con, pihak Marvel turut mengambil peluang untuk mengumumkan watak tambahan yang boleh dimainkan, iaitu Deadpool.
Melalui watak Deadpool, pengguna boleh memainkan senjata api, atau turut menggunakan katana. Memandangkan ia merupakan permainan realiti-maya, maka pengguna boleh berinteraksi sepenuhnya, termasuk mengambil pedang katana dari belakang, atau menggunakan senjata api.
Permainan ini akan ditawarkan untuk Oculus Rift, dan dijangka hadir pada 2018 kelak. Selain Deadpool, watak yang telah diperlihatkan buat masa ini adalah termasuk Hulk, Captain Marvel dan juga Rocket Racoon.