Skip to main content

Respawn Entertainment memperkenalkan mod permainan terbaru untuk Titanfall 2 iaitu Operation Frontier Shield. Mod ini memfokuskan 4 pemain koperatif untuk mempertahankan diri daripada segerombolan musuh yang akan menyerang pemain secara berfasa.

Pemain juga boleh memanggil Titan untuk membantu mempertahankan diri di samping bertempur dengan Titan musuh. Respawn Entertainment juga turut memperkenalkan Frontier Titan Warpaints yang baru untuk Titan dan senjata pemain, bersama 2 kawasan baru yang ditambah-baik daripada Titanfall: Rise secara percuma. Mod PVP dinamakan Live Fire turut menerima peta baru, iaitu Township.

Titanfall 2 Operation Frontier Shield bakal tiba di PS4, Xbox One dan PC pada 25 Julai ini secara kemaskini percuma.

Leave a Reply