Skip to main content

Overwatch merupakan salah satu permainan aksi tembak-menembak multi-pemain daripada Blizzard yang popular dan mempunyai jutaan pemain seluruh dunia. Baru-baru ini Blizzard telah mengumumkan watak Doomfist dan menawarkan ia untuk percubaan pada Overwatch PTR.

Kini, selepas fasa ujian berkenaan, Blizzard hari ini mengumumkan yang mana watak berkenaan boleh dimainkan semua pada pelayan di PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One bermula 27 Julai 2017 kelak.

Doomfist

Pengenalan rasmi watak ini juga akhirnya akan membolehkan para pemain konsol turut mencuba dan memainkan watak berkenaan – memandangkan fasa ujian sebelum ini hanya ditawarkan untuk pengguna PC sahaja.

Bagi anda yang aktif memainkan Overwatch, mungkin boleh tandakan kalendar anda untuk mencuba watak adiwira baru ini.

Leave a Reply