Platinum Games, iaitu pembangun permainan terkenal dengan siri Bayonetta, NieR: Automata dan Vanquish kini menyatakan bahawa mereka akan mengeluarkan permainan mereka sendiri pada masa akan datang.
Melalui temu bual bersama Game Informer, Atsushi Inaba penerbit permainan di Platinum Games menyatakan bahawa mereka kini ingin membina permainan harta intelek asli yang mana mereka akan mengeluarkan dan melancarkannya sendiri. Dimana sebelum ini, mereka sering bekerjasama bersama Square-Enix dan Nintendo untuk mengeluarkan permainan mereka.
Beliau juga menyatakan bahawa mereka juga memberi peluang staf-staf syarikat tersebut untuk memberi idea berkenaan permainan video yang baru dan setakat tahun lepas, mereka menerima hampiri 70 jenis rekaan permainan oleh staf yang berlainan. Mereka juga menyatakan mereka tidak akan membangunkan permainan yang bertaraf AAA dan akan memfokuskan bentuk permainan yang bersederhana dengan sebanyak 20 staf pembangun permainan.
Menurut Atsushi Inaba, mereka juga kan meneruskan untuk bekerjasama bersama pengeluar permainan lain untuk membangunkan permainan yang berskala AAA kerana jika mereka ingin mengeluarkan permainan mereka sendiri, ia agak berisiko tinggi tanpa pendapatan yang stabil.
Ini merupakan satu tindakan yang menarik dimana jika mereka ingin membangun dan mengeluarkan permainan mereka sendiri, Platinum Games juga akan mendapat seluruh kebebasan dari segi pembangunan permainan tersebut. Namun ini juga bermakna bajet yang mereka akan gunakan untuk membangunkan permainan tersebut juga akan berkurang. Namun kami di Aksiz mengucapkan selamat maju jaya buat Platinum Games dan bagi anda yang ingin membaca temu bual Game Informer secara penuh, anda boleh melayari laman mereka dibawah.