Menjadi kebiasaan untuk perkhidmatan atas-talian untuk sesuatu permainan yang lama ditamatkan selepas suatu tempoh masa. Kini, pembangun permainan Gran Turismo mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan perkhidmatan atas-talian Gran Turismo 6 seperti sokongan komuniti, lobi, dan sebagainya pada 28 Mac 2018 kelak.

Gran Turismo 6 sebelum ini telah dilancarkan pada 2013 yang lepas untuk PlayStation 3. Walaupun perkhidmatan atas-talian ditamatkan, para pemain masih boleh memainkan sebahagian besar permainan berkenaan yang tidak memerlukan internet seperti biasa.

Pihak pembangunnya meminta pengguna yang masih belum menebus kredit dan sebagainya untuk melakukan ia sebelum tarikh berkenaan.

Sohor Kini