Informasi Permainan Video Terkini
Hampir Keseluruhan Pasukan Yang Menyertai ESL One Genting 2018 Diperlihatkan

Hampir Keseluruhan Pasukan Yang Menyertai ESL One Genting 2018 Diperlihatkan

Diterbitkan pada Dis 27, 2017 oleh .

Penganjur ESL One telah berkongsi sedikit demi sedikit pasukan yang akan menyertai ESL One Genting 2018 sejak bulan lepas. Kini, selain daripada pasukan yang menerima jemputan terus ke acara e-sukan berkenaan, pihak ESL turut telah berkongsi pasukan-pasukan yang telah melepasi fasa saringan buat masa ini.

ESL One Genting 2018

Antara pasukan yang kini telah menerima pengesahan penyertaan ESL One Genting 2018 kelak adalah Complexity, SG E-Sports, Penta Sports, Planet Dog, Natus Vincere, dan juga TNC Pro Team.

DUa lagi pasukan akhir dinantikan untuk melepasi saringan di China – sebelum kita tahu keseluruhan pasukan yang menyertai ESL One Genting 2018 kelak.

Acara e-sukan yang memfokuskan kepada permainan Dota 2 ini akan berlangsung pada penghujung Januari 2018 kelak, dan akan menawarkan hadiah berjumlah $400,000.


TIPS & ULASAN