Informasi Permainan Video Terkini
Siri Animasi Subway Surfers Bakal Hadir Pada 2018

Siri Animasi Subway Surfers Bakal Hadir Pada 2018

Diterbitkan pada Dis 27, 2017 oleh .

Subway Surfers merupakan salah satu permua yang popular, dimana pemain akan mengawal watak untuk lari sejauh yang mungkin dan mencatatkan skor paling tinggi.

Kini, selain hanya permua, pembangunnya juga akan hadir dengan sebuah siri animasi ringkas, dan bakal ditayangkan pada 2018 kelak.

Bersempena dengannya, kini video acah pertama untuk siri animasi berkenaan telah pun dikeluarkan oleh penerbitnya.

Buat masa ini, jalan cerita penuh ntuknya masih tidak diketahui lagi. Tetapi, video acah ini seperti biasa memperlihatkan latar tempat sekitar stesen keretapi yang sinonim dengan permainan berkenaan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 2018 kelak untuk melihat apakah yang akan dibawakan oleh siri animasi Subway Surfers ini.