Skip to main content

The Crew merupakan salah satu permainan lumba kereta daripada Ubisoft, dan sekuel untuknya dijangka akan diperkenalkan pada tahun 2018 kelak.

Kini, seperti kebanyakkan permainan lain, Ubisoft turut telah membuka pendaftaran minat untuk mencuba versi beta permainan berkenaan tidak lama lagi pada konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.

Seperti biasa, anda akan dapat mencubanya lebih awal berbanding dengan pelbagai pemain lain – sekaligus memberikan maklumbalas berkaitan permainan lumba kereta akan datang ini.

Buat masa ini, Ubisoft masih belum mengeluarkan tarikh pelancaran rasmi permainan berkenaan lagi. Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar minat pada laman rasmi The Crew 2 hari ini.

[info]Daftar: Uji The Crew 2 Beta[/info]

Leave a Reply