Pada Ogos lepas, Atlus mengumumkan permainan Persona 3: Dancing Moon Night dan Persona 5: Dancing Star Night yang mana ia merupakan permainan berasingan yang memfokuskan bentuk permainan rentak muzik penarian. Kini, selain pengumuman siri anime Persona 5, Atlus juga berkongsi lanjut berkenaan kedua-dua permainan tersebut bersama tarikh pelancarannya.
Menurut Atlus, kedua-dua permainan tersebut akan dilancarkan secara serentak di Playstation 4 dan juga Playstation Vita pada 24 Mei 2018 buat pasaran Jepun. Namun, Atlus masih belum mengumumkan sebarang informasi berkenaan versi global. Walaubagaiman pun, dengan populariti siri Persona tambahan dengan pelancaran Persona 4 Dancing All Night versi global 2015 lepas, kami percaya Atlus akan melancarkan versi global pada masa akan datang.
Selain itu, Atlus juga mengumumkan edisi terhad bagi permainan tersebut yang mana ia akan menyertakan kedua-dua permainan Persona 3: Dancing Moon Night dan juga Persona 5: Dancing Star Night. Menariknya juga, Atlus juga akan menyertakan permainan Persona 4: Dancing All Night yang mana mereka akan pernambah-baikkan dengan resolusi tinggi khas buat Playstation 4.
Edisi terhad tersebut juga akan menyertakan sebilangan muzik latar bagi permainan tersebut bersama kotak rekaan khas oleh Shigenori Soejima.
Bagi anda yang tidak sabar untuk menikmati segala muzik-muzik daripada siri Persona dan menari bersama Ann dan juga Yukari, jangan lupa untuk menandakan di kalendar anda pada 24 Mei 2018 ini apabila permainan ini dilancarkan kelak khas di Playstation 4 dan Playstation Vita.