Informasi Permainan Video Terkini
Super Meat Boy Untuk Nintendo Switch Akan Hadir Pada 11 Januari 2018 Bersama “Race Mode”

Super Meat Boy Untuk Nintendo Switch Akan Hadir Pada 11 Januari 2018 Bersama “Race Mode”

Diterbitkan pada Dis 25, 2017 oleh .

Super Meat Boy merupakan salah satu permainan berbentuk platformer yang popular dan telah hadir pada beberapa platform popular sejak 2010 yang lepas. Ia boleh dikatakan antara permainan terbitan indie yang popular dan dimainkan ramai.

Kini, setelah pembangunnya mengumumkan ia akan hadir ke konsol Nintendo Switch, pembangunnya turut menawarkan tarikh pelancaran rasminya.

Super Meat Boy

Menurut pembangunnya, Super Meat Boy untuk Nintendo Switch akan ditawarkan mulai 11 Januari 2018 kelak.

Menariknya, selain permainan biasa, ia turut akan menawarkan mod permainan baru berbentuk perlumbaan, dinamakan “Race Mode”. Pembangunnya mengatakan mereka telah sekian lama ingin menawarkannya, dan pada konsol Switch, mereka berjaya melaksanakan akhirnya.

Bagi anda yang menggunakan konsol Nintendo Switch, mungkin boleh menandakan kalendar anda untuk 11 Januari 2018 ini, untuk memuat-turun dan memainkan Super Meat Boy ini.