Skip to main content

Beyond Good And Evil 2 adalah permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Ubisoft. Ia merupakan permainan bertempatkan sebelum daripada Beyond Good And Evil yang dilancarkan di Playstation 2 dan Xbox pada 2003 lepas.

Beyond Good And Evil 2 sebelum ini diumumkan ketika E3 Jun lepas dimana Ubisoft mempamerkan sebilangan trailer bersama bentuk permainan. Kini Ubisoft berkongsi sebilangan kemaskini terbaru buat permainan tersebut.

Ubisoft juga mempertayang sebilangan rekaan kapal angkasa yang mana pemain berupaya untuk menggunakannya kelak. Menariknya juga Ubisoft juga menyatakan bahawa mereka bekerjasama secara dekat bersama-sama dengan pereka-pereka kreatif permainan tersebut dimana mereka ingin merelisasikan tema permainan tersebut iaitu bertemakan lanun angkasa.

Menariknya juga, Ubisoft mengadakan satu program khas iaitu Space Monkey Program dimana ia akan membenarkan pembangun permainan tersebut untuk berinteraksi dengan peminat dan pada masa yang sama memberi pendapat dan pandangan berkenaan permainan tersebut. Ini juga memberi peluang pembangun tersebut menjadi lebih lutsinar dari segi pembangunan permainan tersebut.

Pada masa akan datang, Ubisoft akan berkongsi lagi pelbagai informasi berkenaan pembangunan permainan tersebut dan anda juga boleh menyertai proses pembangunan permainan tersebut dengan menyertai Space Monkey Program yang terdapat di laman rasmi permainan terebut dibawah.

[info] Laman Rasmi : Beyond Good And Evil 2 [/info]

Leave a Reply