Informasi Permainan Video Terkini
Permua Gunstar Heroes Classic Kini Ditawarkan Untuk Android Dan iOS

Permua Gunstar Heroes Classic Kini Ditawarkan Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada Dis 21, 2017 oleh .

Terdapat 897 permainan telah dihasilkan sepanjang hayat Sega Mega Drive (Genesis). Dari senarai ini hanya beberapa boleh dianggap sebagai klasik. Gunstar Heroes ialah salah satu yang boleh diklasifikasikan sebagai lagenda. Bagi insan yang merindui permainan ini, ia telah ditawarkan dalam bentuk permua peranti Android dan iOS.

Gunstar Heroes Classic meneruskan usaha Sega untuk melancarkan permainan mereka pada platform mudah alih. Seperti Streets of Rage sebelum ini, Gunstar Heroes Classic menyokong permainan secara atas talian bersama rakan. Ia boleh dimuat turun secara percuma dengan sokongan iklan. Bagi yang ingin membuang iklan, ia boleh dibeli pada harga bermula RM 7.90.

Muat turun Gunstar Heroes Classic dari Google Play

Muat turun Gunstar Heroes Classic dari App Store