Oktober lepas, Capcom mengumumkan permainan Street Fighter V: Arcade Edition bakal tiba pada 16 Januari 2018 ini, dimana ia akan mempunyai kemaskini terbaru buat permainan tersebut bersama fungsi V-Trigger kedua buat semua watak tersebut. Kini, Capcom memperacahkan trailer terbaru yang menunjukkan fungsi V-Trigger II tersebut dengan pelbagai serangan kombinasi yang pemain boleh lakukan bersama fungsi tersebut.

Street Fighter V: Arcade Edition akan dilancarkan di Playstation 4 dan PC pada 16 Januari 2018 dengan segala kemaskini yang dilancarkan bersama permainan teras Street Fighter V sebelum ini. Kemaskini terbaru seperti Arcade Mode dan V-Trigger II juga akan disertakan bersama secara percuma bagi permainan teras Street Fighter V.

Bagi anda yang meminati siri permainan Street Fighter, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan in yang mana ia bakal tiba dengan pelbagai kemaskini yang menarik buat permainan tersebut pada 16 Januari ini.

Sohor Kini