Hitman Sniper merupakan salah satu permainan tembak-menembak daripada Square Enix untuk peranti mudah-alih. Kini, bersempena dengan penghujung tahun, penerbitnya kini menawarkan permainan berkenaan secara percuma melalui Google Play Store untuk para pengguna peranti Android.
Dalam permua ini, anda akan mengawal watak Agent 47, dan perlu membunuh pelbagai pihak lain dalam menyelesaikan misi anda. Dua mod permainan ditawarkan, iaitu Montenegro dan juga Death Valley.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan Hitman Sniper ini daripada Google Play Store hari ini sehingga 27 Disember kelak secara percuma.
[download]Muat-Turun Hitman Sniper untuk Android[/download]