Informasi Permainan Video Terkini
Falcom Mengumumkan The Legend Of Heroes: Trails of Cold Steel IV End Of Saga Buat Konsol Playstation 4

Falcom Mengumumkan The Legend Of Heroes: Trails of Cold Steel IV End Of Saga Buat Konsol Playstation 4

Diterbitkan pada Dis 20, 2017 oleh .

Falcom akhirnya mengumumkan permainan baru buat siri The Legend Of Heroes: Trails of Cold Steel yang mana ia bakal tiba di Playstation pada 2018 ini. The Legend Of Heroes: Trails of Cold Steel IV End Of Saga merupakan siri keempat daripada siri permainan tersebut yang memfokuskan bentuk permainan pengembaraan RPG. Ia merupakan permainan yang sangat terkenal dengan penceritaan JRPG yang menarik.

Menurut Falcom, permainan tersebut akan dilancarkan di Jepun pada musim luruh 2018 ini. The Legend Of Heroes: Trails of Cold Steel IV End Of Saga merupakan bahagian terakhir bagi siri permainan The Legend Of Heroes: Trails of Cold Steel yang mana ia memfokuskan penceritaan selepas The Legend Of Heroes: Trails of Cold Steel III.

Pada November lepas, Falcom juga mengumumkan bahawa permainan The Legend Of Heroes: Trails of Cold Steel I dan II akan dilancarkan semula di Playstation 4. Namun buat masa ini, Falcom masih belum mengumumkan sebarang pelancaran bagi versi global buat permainan tersebut. Walaubagaimana pun, dengan pelancaran The Legend of Heroes: Trails of Cold Steel di PC baru-baru ini, versi global bagi siri permainan The Legend of Heroes: Trails of Cold Steel yang lain mungkin akan dilancarkan kelak.