Bagi peminat siri JRPG The Legend of Heroes: Trails of Cold Steel, XSEED kini mengumumkan yang mana permainan tersebut bakal dilancarkan di PC pada 2 Ogos ini.
Di laman XSEED, pembangun permainan ini menjanjikan tiga penambah-baikkan yang bakal tiba untuk versi PC bagi permainan The Legend of Heroes: Trails of Cold Steel ini, iaitu prestasi permainan yang akan ditingkatkan dari segi masa pemuatan dan framerates. Kedua ialah penambah-baikkan dari segi visual termasuk resolusi dan tekstur. Akhir sekali adalah fungsi tambahan yang dapat dimainkan khas bersama PC.
The Legend of Heroes: Trails of Cold Steel adalah permainan JRPG yang telah dilancarkan pada tahun 2013 di PS3 dan PSvita. Permainan ini merupakan siri pertama dari siri trilogi The Legend of Heroes dan merupakan permainan keluaran XSEED.
[info] Laman Steam : The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel [/info]