Hari ini, Nihon Falcom mengumumkan bahawa permainan pengembaraan RPG The Legend of Heroes: Trails of Cold Steel I dan II bakal tiba di konsol Playstation 4. Pada Ogos yang lepas, permainan The Legend of Heroes: Trails of Cold Steel I tiba di PC melalui Steam dan mendapat pujian ramai berkenaan bentuk permainan penceritaanya.
Menurut Nihon Falcom, permainan tersebut dirancang untuk dilancarkan pada September 2018 di pasaran Jepun. Namun, mereka masih belum lagi mengumumkan sebarang informasi berkenaan pasaran global. Menurut Nihon Falcon juga, mereka merancang untuk mempromosi permainan-permainan keluaran mereka secara global pada masa akan datang.
The Legend Of Heroes: Trails of Cold Steel I dan II asalnya dilancarkan di Playstation 3 dan Playstation Vita beberapa tahun lepas. Pada Ogos lepas, permainan pertama siri permainan tersebut dilancarkan di PC, diikuti permainan kedua pada masa akan datang. Kini, Nihon Falcom menyatakan mereka bakal membawa permainan tersebut ke konsol Playstation 4 bermula September 2018.