Informasi Permainan Video Terkini
Kandungan Final Fantasy XV Kini Tiba Di Permainan Assassin’s Creed: Origins
PC

Kandungan Final Fantasy XV Kini Tiba Di Permainan Assassin’s Creed: Origins

Diterbitkan pada Dis 20, 2017 oleh .

Beberapa minggu lepas, Ubisoft memperacahkan bahawa kandungan Final Fantasy XV seperti Chocobo bakal tiba di permainan Assassin’s Creed: Origins. Kini, Ubisoft akhirnya melancarkan kandungan tersebut secara rasmi dimana pemain berupaya untuk mendapatkan sebilangan kandungan daripada permainan Final Fantasy XV dengan melakukan misi sampingan yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Menurut laporan Kotaku, pemain yang ingin mendapatkan kandungan Final Fantasy XV seperti senjata Ultima Swords, perisai dan chocobo pemain perlu melakukan misi A Gift From the Gods yang memerlukan pemain berperingkat yang ke-23. Menariknya, misi tersebut juga akan memaparkan adegan khas daripada watak permainan Final Fantasy XV.

Ini bukanlah pertama kalinya kandungan antara dua siri permainan berada di permainan tersebut. Pada bulan Ogos yang lepas, Square-Enix juga telah mengadakan kandungan khas Assassin’s Creed di permainan Final Fantasy XV yang mana ia menyertakan kandungan misi khas bertemakan Assassin’s Creed.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan kandungan Final Fantasy XV di permainan Assassin’s Creed: Origins, anda boleh mendapatkannya secara percuma melalui misi sampingan khas A Gift From the Gods melalui permainan tersebut.