Minggu ini, Ubisoft berkongsi berkenaan kemaskini bulan Disember yang bakal tiba bagi permainan Assassin’s Creed Origins. Terhadap sebilangan kemaskini terbaru bersama mod permainan yang baru yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Antara kemaskini yang bakal tiba adalah tahap kesukaran terbaru, iaitu Nightmare yang mana ia akan memberi tahap kesukaran musuh yang lebih kuat dan bahaya. Ubisoft juga akan membenarkan sistem musuh berskala dimana jika pemain menyah-aktifkan sistem tersebut, segala musuh-musuh akan mempunyai peringkat yang sama dengan pemain.

Tambahan juga, dengan kemaskini terbaru ini, Ubisoft akan menyertakan misi baru iaitu mod Horde, misi acara “Here Comes a New Challenger” dimana pemain akan bertempur dengan sebilangan musuh secara berperingkat. Selain itu, Ubisoft juga menyertakan musuh baru buat Trials Of The Gods iaitu Sekhmet dimana pemain boleh bertempur ‘tuhan’ tersebut.

Tambahan juga, Ubisoft memperacahkan misi kejutan dengan memamparkan gambar seolah ekor Chocobo. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kerjasama Ubisoft antara Square-Enix juga merupakan suatu yang dijangkakan oleh peminat, dimana pada bulan Ogos yang lepas, Square-Enix telah mengadakan kandungan khas Assassin’s Creed di permainan Final Fantasy XV yang mana ia menyertakan kandungan misi khas bertemakan Assassin’s Creed.

Assassin’s Creed Origins merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Ubisoft. Ia merupakan permainan ke-10 daripada siri Assassin’s Creed yang mana kali ini ia memfokuskan kawasan mesir. Ia dilancarkan pada Oktober lepas di Playstation 4, Xbox One dan PC. Beberapa minggu lepas juga, kami memberi ulasan penuh berkenaan permainan tersebut dan pada pendapat kami, Assassin’s Creed Origins merupakan salah satu permainan dunia terbuka yang terbaik dihasilkan tahun ini.

Sohor Kini