Lusolab Entertainment merupakan pembangun permainan yang bertempatkan di Malaysia. Mereka sebelum ini membangunkan sebilangan permainan dan juga melakukan sebilangan pembangunan sumber luar untuk kandungan kreatif lain. Namun, ketika Comic Fiesta 2017, mereka mempamerkan salah satu permainan terbaru mereka iaitu Go Gold Castle.

Go Gold Castle merupakan permua yang memfokuskan bentuk perlawanan secara berkumpulan. Namun ketika acara Comic Fiesta 2017 tersebut, mereka mempamerkan sebahagian daripada permainan tersebut yang memaparkan bentuk permainan perlawanan antara empat permainan dimana pemain berupaya untuk bertempur sesama sendiri. Menariknya bentuk permainan tersebut mempunyai bentuk pertempuran arena seakan permainan Super Smash Bros.

Namun, menurutut Luso Yong, pengarah kreatif permua tersebut, permua Go Gold Castle tersebut akan mempunyai bentuk permainan koperasi dan pertahanan apabila ia dilancarkan kelak. Pemain juga perlu mengumpul sebilangan emas untuk meneruskan permua tersebut.

Lusolab Entertainment juga menyatakan permainan tersebut akan dilancarkan pada awal 2018 bagi pasaran China dan Korea dahulu. Manakala pasaran global, ia akan dilancarkan pada penghujung 2018 ini.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan permua Go Gold Castle dan Lusolab Entertainment, anda boleh melayari laman rasmi studio pembangun permainan tersebut dibawah.

Laman Rasmi : Lusolab Entertainment

Sohor Kini