Untuk peminat siri Ni No Kuni, Playstation Asia mengumumkan hari ini, yang mana permainan Ni No Kuni II: Revenant Kingdom akan boleh dimainkan pada acara PSX SEA 2017 5 Ogos ini di Malaysia. Bagi peminat yang menantikan permainan ini, anda mungkin kecewa disebabkan permainan diumumkan akan ditangguhkan hingga ke 2018, dan mungkin boleh menebusnya dengan menghadirkan diri ke acara ini..
Playstation Experience 2017 South-East Asia, atau PSX SEA 2017 adalah acara akan datang oleh Playstation khas untuk peminat di rantau asia tenggara ini di Kuala Lumpur, Malaysia pada 5 Ogos ini. PSX SEA 2017 ini akan berlangsung dari 10 pagi ke 10 malam, bertempat di KL Live, Kuala Lumpur. Kemasukan adalah percuma.
Dengan pengumuman ini, semestinya kita mungkin akan melihat beberapa pengumuman menarik lain daripada Sony pada hari-hari akan datang berkenaan penawaran mereka pada acara PSX 2017 yang diadakan buat julung kalinya di rantau Asia Tenggara ini.