Ni No Kuni II: Revenant Kingdom Ditangguhkan Ke 2018

Akihiro Hino dari Level-5, iaitu pengarah permainan Ni No Kuni II, baru sahaja mengumumkan yang mana mereka akan menangguhkan pelancaran permainan Ni No Kuni II yang dijadualkan pada tahun ini ke tarikh baru, iaitu 19 Januari 2018. Seperti awal, ia dijangka hadir ke PlayStation 4 dan juga PC.

Di dalam video pengumuman tersebut, Hino mengatakan memerlukan lebih masa untuk pelancaran Ni No Kuni II, disamping menyatakan permainan tersebut tidak akan ada mod multi-permain seperti yang dinyatakan sebelum oni disebabkan oleh kesalahfahaman ketika temubual pada acara E3 2017 yang lepas.

Ni No Kuni II: Revenant Kingdom ialah sekuel kepada Ni No Kuni: Wrath Of The White Witch di mana ia merupakan salah satu JRPG terbaik di konsol PS3 pada tahun 2011 yang lepas.

Sohor Kini