Informasi Permainan Video Terkini
Pasukan Resurgence Dan Washed Up Mid Menjuarai Kejohanan E-Sukan Di Comic Fiesta 2017

Pasukan Resurgence Dan Washed Up Mid Menjuarai Kejohanan E-Sukan Di Comic Fiesta 2017

Diterbitkan pada Dis 19, 2017 oleh .

Ketika acara Comic Fiesta, Garena bekerjasama bersama Fallout Gaming, OPPO dan Armageddon bagi menjayakan acara khas kejohanan bagi permainan Arena Of Valor dan League Of Legends. Acara tersebut berlangsung dengan jayanya yang mana dua pasukan menjuarai kejohanan bagi kedua-dua permainan tersebut.

Bagi kejohanan permua Arena Of Valor, Valor Cup, Pasukan Resurgence berjaya memenangi kejohanan tersebut dengan mengalahkan pasukan Penang Food. Pasukan Resurgence berjaya membawa pulang wang hadiah bernilai RM25,000 dan penajaan selama enam bulan daripada Digi sehingga RM12,000.

Mankala kejohanan Legacy Series pula dimenangi oleh Washed Up Mid yang mana mereka berjaya mengalahkan Nothing To Lose ketika pusingan akhir. Tambahan juga, Kedua-dua pasukan tersebut berjaya ditempatkan di kejohanan League of Legends Championship Malaysia Promotional Series.

Dengan berlangsungnya acara Comic Fiesta tersebut, Garena juga tidak melepaskan peluang untuk mempromosi barangan-barangan daripada permua Arena Of Valor di reruai mereka termasuklah sebilangan cosplayer yang memperagakan watak-watak daripada siri permainan tersebut.

Kami di Aksiz ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Resurgence dan Washed Up Mid atas kemenangan kejohanan Valor Cup dan Legacy Series.