Informasi Permainan Video Terkini
Jom Tonton : Trailer Terbaru Permainan Dissidia: Final Fantasy NT Yang Memfokuskan Penceritaan

Jom Tonton : Trailer Terbaru Permainan Dissidia: Final Fantasy NT Yang Memfokuskan Penceritaan

Diterbitkan pada Dis 15, 2017 oleh .

Square-Enix hari ini berkongsi trailer terbaru buat permainan Dissidia: Final Fantasy NT yang mana memfokuskan penceritaan. Trailer tersebut merupakan trailer yang dirancang untuk dilancarkan ketika acara Jump Festa 2018 bermula 16 sehingga 17 Disember ini.

Trailer tersebut memaparkan yang mana permainan ini sememangnya merupakan kesinambungan daripada siri permainan Dissidia sebelum ini, tambahan juga trailer tersebut nampaknya setiap watak daripada siri Final Fantasy tersebut masih mempunyai memori kisah silam mereka tidak seperti permainan sebelum ini.

Pada Ogos lepas juga, Square-Enix juga telah berkongsi berkenaan edisi permainan ini dengan pelbagai edisi seperti edisi Deluxe dan juga edisi Brawler. Pada Tokyo Game Show 2017 September yang lepas, kami juga berpeluang untuk menemu ramah pengarah permainan Dissidia Final Fantasy NT.

Dissidia Final Fantasy NT adalah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Team Ninja dan dikeluarkan oleh Square-Enix. Permainan ini mengandungi watak-watak dari siri Final Fantasy dan ia bakal dilancarkan pada 30 Januari 2018 di Playstation 4. Anda boleh membuat pra-tempahan permainan ini dimana-mana pengedar rasmi dan juga di kedai atas-talian PSN Store.